3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

Ramai yang selalu tertipu dengan trend barang makeup yang famous di media sosial. Ketahui 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!

3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!

Penting untuk anda tahu bahawa kualiti dan kesesuaian makeup memainkan peranan yang penting dalam membeli makeup. Ada makeup yang murah tetapi tak tahan lama dan ada juga yang mahal, tetapi tidak sesuai. Bagi ada yang selalu mengikuti trend semasa dalam makeup selalunya merasakan tertipu bila sudah membeli. Di sini kak Nac share 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

1 – Research

Research dahulu produk itu dihasilkan di mana, lihat dulu website, media sosial brand tersebut atau melalui kawan-kawan. Tengok bahan yang digunakan sama ada berbahaya atau tidak. Elakkan membeli dari brand yang pernah di ban dari mana-mana negara ataupun yang menggunakan paraben, SLS dan senarai produk yang berbahaya.

2- Review

Seeloknya, jangan beli awal-awal ketika produk dilancarkan. Tunggu review dari orang sekeliling atau dari mua. Sekarang banyak orang membuat review di Youtube ataupun website-website yang menjual makeup akan di review oleh orang yang membeli contohnya review di Sephora atau Facebook page. Jadi baca dahulu review yang diberi. Seeloknya review dari orang Malaysia sendiri yang menggunakan produk tersebut.

3 – Kesesuaian pada kulit

Kenapa kena lihat review dari orang Malaysia sendiri? Sebab anda boleh tahu kesesuaian pada kulit anda. Kulit orang barat tidak sama dengan orang di Malaysia kerana cuaca membezakan kelembapan kulit. Kulit orang Malaysia mudah berminyak jadi kadang-kadang makeup yang dihasilkan di barat lebih tertumpu untuk kulit kering kerana cuaca yang berbeza di sana. Malah kosmetik selalunya mempunyai banyak tekstur yang berbeza sebagai contoh foundation ada yang jenis liquid, mousse, matte, waterbased, oilbased, stick foundation dan powder foundation.

Jadilah pengguna yang bijak dengan menilai dari 3 aspek di atas iaitu melakukan research terlebih dahulu, lihat review dari orang lain dan juga tengok kesesuaian pada kulit anda. Jangan membeli terlebih dahulu sebelum melihat aspek-aspek penting ni. Kalau tidak, melayanglah duit sebab tak sesuai.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk NAC Cosmetics yang diformulasikan di Korea yang sesuai dengan kulit orang Asia, klik di sini.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics ini kepada kawan dan keluarga anda tentang 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

Continue Reading

Cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi

Bibir merah menjadi idaman setiap wanita. Bibir anda gelap dan kusam? Ketahui cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi.

Cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi
Bibir selalunya menjadi gelap kerana terdedah kepada matahari, perbuatan merokok, kerap memakai lipstick dan juga keturunan. Seeloknya anda skrub bibir 2 kali seminggu. Paling penting untuk memakai lipbalm ketika tidu dan juga ketika keluar rumah. Kemudian, kena rajin lakukan mask di bibir. Bagaimana? Lihat cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi.

Hanya menggunakan dua bahan utama iaitu beetroot/ ubi bit dan juga madu, bibir boleh menjadi merah. Beetroot atau ubi bit memang mempunyai warna merah semulajadi. Bahkan mempunyai agen yang boleh mencerahkan bibir yang gelap.

Bahan yang diperlukan :

a. Ubi bit/ Beet root boleh didapati di Tesco/Giant

b. Madu

Cara-caranya :

Potong ubi bit secara dadu dan kecil. Campur bersama satu sudu madu. Boleh simpan di dalam peti ais untuk digunakan berterusan. Lakukan sekali setiap hari.

Jangan lupa untuk pakai NAC Cosmetics Super Flawless Serum untuk melembapkan bibir, menaikkan warna lipstick dan supaya lipstick tahan lama.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics kepada kawan dan keluarga anda yang ingin tahu Cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi.

Continue Reading

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Solekan kelihatan sempurna apabila mata anda kelihatan seksi dan menarik. Maskara merupakan pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Selalunya orang yang ingin makeup natural akan abaikan pemakaian maskara. Sebenarnya maskara adalah pelengkap kepada setiap jenis solekan mahupun natural atau heavy look. Sebab itu anda selalu nampak orang yang memakai bulu mata palsu, mata akan kelihatan seksi dan galak. Jika anda tidak reti memakai bulu mata palsu, cukup sekadar memakai maskara.

Terdapat pelbagai maskara di pasaran yang boleh dipilih ikut kesesuaian bulu mata anda. Ada maskara jenis untuk tebalkan bulu mata, panjangkan bulu mata mahupun lentikkan bulu mata. Jadi, pilih mengikut citarasa anda.

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai? Penting ya! Ada tiga jenis maskara yang kak Nac selalu pakai mengikut tempat yang ingin dituju:

Dior Diorshow Mascara

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini. Jenis tebal dan rapat. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan bulu mata kelihatan clumpy dan sangat tebal. Hasilnya sangat dramatik. Jika kak Nac keluar untuk ke dinner ataupun ada parti, kak Nac akan menggunakan maskaar ini supaya bulu mata dapat kelihatan di dalam kamera dan gelap.

 

 

 

 

 

 

Lancôme HYPNÔSE DRAMA Instant Full Body Volume Mascara

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini pula jenis yang jarak-jarak. Ini untuk hasilkan efek bulu mata kelihatan panjang. Maskara ini tidak tebal dan mudah untuk dicuci. Kak Nac selalu gunakan maskara ini pada hari yang kak Nac keluar tanpa menggunakan eyeshadow.

 

 

 

 

 

 

MAYBELLINE Volum’ Express Pumped Up!  

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Maskara ini boleh didapati di farmasi Watson atau Guardian dengan harga yang berbaloi. Bulu berus ini tebal di tengah untuk melentikkan bulu mata. Jadi, kalau anda suka bulu mata lentik, memang patut gunakan ni. Kak Nac gunakan maskara ni pula bila keluar lepak bersama kawan-kawan. Cuma maskara ni sangat susah untuk dicuci!

 

 

 

 

 

 

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Melentikkan, memanjangkan atau bulu mata kelihatan tebal?

Bagi anda yang berminat dengan serum dan foundation NAC Cosmetics yang sangat mudah dipakai dan jimatkan masa, paling penting anda akan kelihatan flawless sepanjang hari! Klik di sini.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai “Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?”

Continue Reading

2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

Jika anda jenis yang mempunyai jerawat yang degil tumbuh di tempat yang sama, mungkin anda telah melalukan dua kesalahan utama ini. Cuba tengok 2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

Kadang-kadang jerawat yang lama belum hilang tetapi sudah tumbuh jerawat yang baru di tempat yang sama atau berdekatan. Ada sebab kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat yang sama. Tempat-tempat yang lazim ada jerawat degil ni di pipi,dahi dan dagu. Jadi apa yang anda perlu elak lakukan. Ketahui 2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

1- Picit jerawat

Ya, picit jerawat akan menyebabkan jerawat tumbuh di tempat yang sama dan memberi kerosakan pada kulit. Macam mana boleh rosak? Bila anda picit, memang akan keluar nanah pada kulit dan anda berasa lega, tapi sebenarnya anda akan menyebabkan lapisan kulit di dalam menjadi rosak dan luka. Jadi sebenarnya kulit di bahagian dalam anda mudah memerangkap bakteria dan menghasiklan jerawat kembali. Caranya, anda biarkan jerawat kering sendiri dengan hanya menyapukan ubat jerawat di luar. Walaupun mengambil masa tapi sabar. Jerawat akan kering sendiri.

2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

2- Selalu sentuh di bahagian jerawat

Bila ada jerawat di kawasan dagu misalnya, tangan anda kerapkali memegang jerawat tu. Jerawat tidak akan berkurang dengan cara menyentuh muka. Malah menyebabkan lagi teruk sebab tangan anda ada bakteria yang tak boleh dilihat dan dipindahkan ke kawasan muka. Ramai yang tak sedar akan kesalahan ini dan rasa tak salah pegang muka sesekali. JANGAN! Biarkan dan jangan tengok cermin selalu.

Jika anda nak tahu lebih lanjut serum NAC Cosmetics yang patut dipakai sebelum makeup untuk mencegah jerawat naik dan foundation merawat NAC Cosmetics yang sesuai untuk kulit berjerawat, sila klik di sini.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics kepada kawan dan keluarga anda yang mempunyai jerawat degil mengenai 2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

Continue Reading

5 makeup artist Indonesia yang patut anda follow dan ambil inspirasi

Indonesia memang terkenal dengan gaya solekan yang sangat menarik dan memukau. Kalau anda sedang mencari gaya makeup untuk perkahwinan, anda boleh tengok senarai 5 makeup artist Indonesia yang patut anda follow dan ambil inspirasi.

1- nanathnadia

Makeup yang minimal tapi sangat wow. Naik seri pengantin bila makeup sebegini di hari istimewa. Ayu sangat!

2-bennusorumba

Merupakan make up artist kepada banyak selebriti Indonesia seperti Kris Dayanti, Rossa, Syahrini dan lain lagi. Makeup yang menampakkan features muka sharp dan lembut.

3-irvanriady

Makeup yang sangat menawan dan mampu membuatkan pasangan anda berdebar melihat anda. Signature look Irwan Riady adalah makeup mata yang nampak fresh dan eyebrow yang dilukis sempurna. Perfect look for a wedding!

4- fitriliza

Sesuai bagi mereka yang berhijab supaya mata anda kelihatan wow di hari persandingan. Makeup yang menekankan bahagian mata supaya lebih menonjol.

5- marlenehariman

One word, PERFECT! Makeup yang sungguh sempurna dan nampak sangat ringkas tetapi anggun.

Ini hanyalah sebahagian dari pilihan kak Nac untuk makeup artist indonesia. Anda boleh ambil sebagai inspirasi untuk hari perkahwinan anda. Boleh tunjuk kepada makeup artist anda sebagai contoh. Bukan makeup artist Malaysia tak bagus ya, cuma ini pilihan kak Nac untuk di Indonesia.

Nanti kak Nac cuba senaraikan makeup artist Malaysia yang kak Nac suka ya.

Untuk info lanjut mengenai serum NAC Cosmetics yang boleh merawat kulit anda sebelum hari pernikahan, dan foundation yang sesuai dipakai harian diimport dari Korea, boleh klik di sini.

Sila share artikel blog ini kepada kawan dan keluarga yang bakal berkahwin mengenai 5 makeup artist Indonesia yang patut anda follow dan ambil inspirasi.

 

Continue Reading

Apa kegunaan “Setting Spray” dan pentingkah dalam rutin makeup harian?

Makeup sampai berjam, tetapi cepat je cair dan tak tahan lama. Apa kegunaan “Setting Spray” dan pentingkah dalam rutin makeup harian?

Apa kegunaan "Setting Spray" dan pentingkah dalam rutin makeup?

Ada cara ke untuk bagi makeup tahan lama? Ya…sudah tentu ada cara yang selalu diguna pakai oleh makeup artist. Bagi yang bukan makeup artist pun penting untuk menggunakan setting spray supaya makeup tahan lama dan tak cair. Jom kita tengok Apa kegunaan “Setting Spray” dan pentingkah dalam rutin makeup harian?

Apa itu setting spray

Setting spray adalah produk yang disemburkan pada muka setelah selesai makeup. Ia akan membentuk lapisan perlindungan untuk mengelakkan makeup cair disebabkan peluh atau minyak di muka. Tidak kira muka anda jenis berminyak, cepat berpeluh atau kering, penting untuk ada setting spray.

Formulasi setting spray yang sesuai

Bagi kulit muka yang kering sebaiknya pilih formulasi tanpa alkohol kerana boleh mebuatkan kulit bertambah kering. Manakala bagi kulit yang beminyak cari setting spray yang oil free. Setting spray ada yang berfungsi untuk memberi effect glowing, matte look, melembapkan dan menyegarkan.

Kenapa kena pakai setting spray

Bagi ada yang memakai foundation dan terdedah kepada suhu yang ekstrim, foundation akan mudah bercapuk. Setting spray akan membantu untuk setkan foundation supaya tahan lama.

Cara menggunakan setting spray

Spray kan di muka dalam jarak 10 cm dari muka. Tutup mata anda dan spray rata ke keseluruhan muka. Tunggu sehingga kering sendiri.

Apa kegunaan "Setting Spray" dan pentingkah dalam rutin makeup?

Myth tentang setting spray

Kulit saya berminyak dan cepat berpeluh, setting spray ni macam air. Takut cepat cair dan makeup bercapuk. SALAH! Anda kena pilih formulasi yang sesuai dengan kulit anda, setting spray akan bantu untuk makeup tahan lama.

Jadi sudah tahu kepentingan setting spray dalam rutin makeup anda?

Produk pilihan kak Nac semestinya Makeup Forever Mist&Fix yang sesuai untuk kulit kak Nac yang berminyak dan sangat sensitif. Makeup lebih tahan lama dan tak mudah cair. Kak Nac akan spray setelah selesai makeup.

Bagi anda yang ingin tahu mengenai serum NAC Cosmetics yang menghasilkan makeup lebih glowing dan foundation yang merawat masalah kulit ayngs esuai dipakai harian, klik di sini. 

Sila share artikel blog ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai Apa kegunaan “Setting Spray” dan pentingkah dalam rutin makeup harian?

Continue Reading

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Bagi anda yang selalu pakai contact lens, pakai beberapa jam je mata jadi kering dan gatal. Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Kak Nac pun jenis yang suka pakai contact lens. Dah start pakai contact lens dari zaman sekolah menengah lagi sampai lah sekarang dah bekerja. Ada 3 cara mudah untuk anda jaga contact lens. Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

1- Pakai tak lebih 8 jam

Ya, hanya lapan jam sahaja. Kena bawa bekas contact lens dan air contact lens supaya boleh buka lepas lapan jam. Jadi rancang, waktu bila untuk anda mula pakai dan buka. Pastikan guna air contact lens yang betul, jangan sesekali guna air paip. Cuci tangan bersih-bersih sebelum dan selepas pakai contact lens.

2- Gunakan eye drop khas untuk contact lens

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Semasa pakai contact lens, mata akan kekurangan oksigen dan kering. Jadi dropkan bila pakai contact lens selalu. Walaupun tak kering, tapi rajinkan untuk drop di mata supaya mata tak kering.

3- Pakai eye drop for tired eyes lepas buka

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Bia mata dah penat seharian pakai contact lens, pakai eye drop yang khas untuk tired eyes. Pakai selepas contact lens dibuka. Pastikan dijadikan rutin untuk manjakan mata anda selepas seharian memakai contact lens. Sebenarnya mata dalam keadaan tertekan lepas pakai contact lens. Jadi step ini sangat penting. Kos untuk produk ini tidaklah mahal jika dibandingkan dengan mata anda yang tidak boleh diganti.

Tips : Pastikan anda memakai contact lens sebelum memakai mascara atau celak. Sebab mascara atau celak yang masuk ke dalam mata boleh membuatkan contact lens terkoyak.

Sayangi mata anda.

Klik di sini bagi anda yang nak tahu lebih lanjut mengenai Serum dan Foundation yang hasilnya flawless dan meletup dari Korea.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics ini kepada kawan atau keluarga yang nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Continue Reading

Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Jika anda tengok  live makeup di Facebook, makeup artis menggunakan face oil sebagai primer makeup. Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Apakah sebenarnya itu face oil? Face oil adalah minyak yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah supaya makeup tahan lama. Bila kulit wajah anda lembap, makeup akan tahan lama. Tapi bila kandungan minyak yang terlalu tinggi, contohnya kandungan argan oil yang terlalu tinggi, boeh menyebabkan liang pori tersumbat dan membawa kepada masalah oil seed, jerawat halus dan jerawat didalam kulit. Sebab itu ramai yang mula mengambil alternatif menggunakan serum.

Beza serum dengan face oil ialah serum dicampur dengan pati lain untuk merawat masalah kulit sekaligus. Manakala face oil adalah 100% minyak yang dipilih contohnya argan, chamomile, lavender, flaxseeds dan lain-lain yang hanya melembapkan kulit wajah tetapi tidak merawat. Bagi muka yang kering, anda boleh memakai face oil sebagai primer atau base makeup. Tetapi bagi kulit berminyak, tidak sesuai untuk anda memakai face oil. Sebaiknya memilih serum sebagai base makeup anda.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Kulit kak Nac lebih kepada berminyak, jadi kak Nac lagi suka memakai serum. Serum pilihan kak Nac semestinya Super Flawless Serum yang diasaskan dengan Argan oil, Aloevera, Kolagen, Vitamin C dan SPF35. Boleh merawat kulit wajah sambil dijadikan base makeup untuk tahan lama.

Sila share blog artikel NAC Cosmetics ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

 

Continue Reading

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Kaca mata akan menarik perhatian kepada bahagian mata, jadi makeup perlu nampak kemas dan sempurna. Tersilah langkah boleh menenggelamkan penampilan anda!

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Jadi bagi si kaca mata, ikut tips di bawah untuk 5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata:

1. Bentuk kening anda

Lukis kening anda supaya nampak kemas dan teratur. Penting untuk tahu bahawa jangan lukis terlalu tebal. Lukis sedikit naik di hujung. Jika bingkai kaca mata anda gelap, lukis kening dengan warna yang sedikit cair.

2. Neutral eyeshadow

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Bingkai kaca mata selalunya sudah bold the look. Jadi, padanan dengan warna tanah adalah yang terbaik. Ia akan menyerlahkan mata anda tanpa buatkan ia kelihatan terlalu gelap.

3. Sharp eyeliner

Jika bingkai kaca mata anda jenis tebal. Lebih tebal bingkai anda, lebih tebal eyeliner anda. Ini penting untuk nampak seimbang.

4.Mascara

Mascara penting untuk membuatkan mata anda lebih besar bila memakai kaca mata. Jangan lupa untuk lentikkan bulu mata anda supaya tidak terkena pada kaca mata.

5.Nude lipstick

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Bagi bingkai yang tebal, anda tidak perlu terlalu menonjol di semua kawasan wajah. Cukup di bahagian mata. Soften the look dengan memakai lipstick nude.

Pilihan produk yang kak Nac suka dengan gaya  kaca mata semestinya NAC Cosmetics Super Flawless Foundation, Maybelline Hypersharp Liquid Liner, Tarte Tartelette Amazonian Clay Matte Eyeshadow Palette, Maybelline Lash Sensational Mascara dan MAC lipstick “Kinda Sexy”. Perfect look for glasses wearers!

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai “5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!”.

Continue Reading

Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu memakainya?

Jika anda seorang yang selalu nampak makeup primer di Sephora tetapi tak pernah rasa penting untuk pakai, anda sebenarnya kena fikir dua kali!

Kak Nac akan bantu anda kenali apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu memakainya?

1. Primer boleh buat liang pori tidak kelihatan

Kelebihan primer yang paling utama ialah primer boleh menutup pori-pori yang kelihatan. Tidak kira betapa kecil pori tersebut, primer mampu membuatkan pori langsung tidak kelihatan!

2. Buat makeup tahan lama

Primer boleh buatkan peluh tidak keluar dari pori, jadi makeup anda akan tahan lebih lama. Lagipun cuaca kat Malaysia ni panas, mana mungkin kulit tak peluh. Jadi, wajib pakai primer!

3. Kurangkan minyak

Primer juga boleh kurangkan kilat di muka. Primer akan menyerap minyak, jadi jika kulit anda mula melekit, ia akan kurang kelihatan berbeza jika anda tidak memakai primer.

4. Buat anda kelihatan muda

Primer buatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Ia bagi kulit anda kelihatan flawless dan buat kedutan di muka tidak kelihatan. Pilih primer yang sesuai ikut jenis kulit anda.

5. Buat jerawat tidak kelihatan

Primer tidak akan mencegah jerawat! Tetapi ia membantu untuk jerawat tidak kelihatan. Concealer sahaja tidak mencukupi untuk menutup jerawat.

Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu?

Primer pilihan kak Nac semestinya Makeup Forever Primer Step 1. Sebelum ni kak Nac pakai Benefit POREfressional tapi masih berminyak bila tengahari dan pori masih kelihatan. Kak Nac try dari kawan pakai Makeup Forever Primer Step 1, makeup tahan sampai ke malam. Memang terbaik!

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics kulit yang sesuai dipakai selepas primer dan disukai oleh artis Malaysia, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai “Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu?”

Continue Reading
1 2 3 5