Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Jika anda tengok  live makeup di Facebook, makeup artis menggunakan face oil sebagai primer makeup. Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Apakah sebenarnya itu face oil? Face oil adalah minyak yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah supaya makeup tahan lama. Bila kulit wajah anda lembap, makeup akan tahan lama. Tapi bila kandungan minyak yang terlalu tinggi, contohnya kandungan argan oil yang terlalu tinggi, boeh menyebabkan liang pori tersumbat dan membawa kepada masalah oil seed, jerawat halus dan jerawat didalam kulit. Sebab itu ramai yang mula mengambil alternatif menggunakan serum.

Beza serum dengan face oil ialah serum dicampur dengan pati lain untuk merawat masalah kulit sekaligus. Manakala face oil adalah 100% minyak yang dipilih contohnya argan, chamomile, lavender, flaxseeds dan lain-lain yang hanya melembapkan kulit wajah tetapi tidak merawat. Bagi muka yang kering, anda boleh memakai face oil sebagai primer atau base makeup. Tetapi bagi kulit berminyak, tidak sesuai untuk anda memakai face oil. Sebaiknya memilih serum sebagai base makeup anda.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Kulit kak Nac lebih kepada berminyak, jadi kak Nac lagi suka memakai serum. Serum pilihan kak Nac semestinya Super Flawless Serum yang diasaskan dengan Argan oil, Aloevera, Kolagen, Vitamin C dan SPF35. Boleh merawat kulit wajah sambil dijadikan base makeup untuk tahan lama.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai

 

Continue Reading

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Kaca mata akan menarik perhatian kepada bahagian mata, jadi makeup perlu nampak kemas dan sempurna. Tersilah langkah boleh menenggelamkan penampilan anda!

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Jadi bagi si kaca mata, ikut tips di bawah untuk 5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata:

1. Bentuk kening anda

Lukis kening anda supaya nampak kemas dan teratur. Penting untuk tahu bahawa jangan lukis terlalu tebal. Lukis sedikit naik di hujung. Jika bingkai kaca mata anda gelap, lukis kening dengan warna yang sedikit cair.

2. Neutral eyeshadow

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Bingkai kaca mata selalunya sudah bold the look. Jadi, padanan dengan warna tanah adalah yang terbaik. Ia akan menyerlahkan mata anda tanpa buatkan ia kelihatan terlalu gelap.

3. Sharp eyeliner

Jika bingkai kaca mata anda jenis tebal. Lebih tebal bingkai anda, lebih tebal eyeliner anda. Ini penting untuk nampak seimbang.

4.Mascara

Mascara penting untuk membuatkan mata anda lebih besar bila memakai kaca mata. Jangan lupa untuk lentikkan bulu mata anda supaya tidak terkena pada kaca mata.

5.Nude lipstick

5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!

Bagi bingkai yang tebal, anda tidak perlu terlalu menonjol di semua kawasan wajah. Cukup di bahagian mata. Soften the look dengan memakai lipstick nude.

Pilihan produk yang kak Nac suka dengan gaya  kaca mata semestinya NAC Cosmetics Super Flawless Foundation, Maybelline Hypersharp Liquid Liner, Tarte Tartelette Amazonian Clay Matte Eyeshadow Palette, Maybelline Lash Sensational Mascara dan MAC lipstick “Kinda Sexy”. Perfect look for glasses wearers!

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai “5 tips makeup menyerlah untuk wanita berkaca mata!”.

Continue Reading

Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu memakainya?

Jika anda seorang yang selalu nampak makeup primer di Sephora tetapi tak pernah rasa penting untuk pakai, anda sebenarnya kena fikir dua kali!

Kak Nac akan bantu anda kenali apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu memakainya?

1. Primer boleh buat liang pori tidak kelihatan

Kelebihan primer yang paling utama ialah primer boleh menutup pori-pori yang kelihatan. Tidak kira betapa kecil pori tersebut, primer mampu membuatkan pori langsung tidak kelihatan!

2. Buat makeup tahan lama

Primer boleh buatkan peluh tidak keluar dari pori, jadi makeup anda akan tahan lebih lama. Lagipun cuaca kat Malaysia ni panas, mana mungkin kulit tak peluh. Jadi, wajib pakai primer!

3. Kurangkan minyak

Primer juga boleh kurangkan kilat di muka. Primer akan menyerap minyak, jadi jika kulit anda mula melekit, ia akan kurang kelihatan berbeza jika anda tidak memakai primer.

4. Buat anda kelihatan muda

Primer buatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Ia bagi kulit anda kelihatan flawless dan buat kedutan di muka tidak kelihatan. Pilih primer yang sesuai ikut jenis kulit anda.

5. Buat jerawat tidak kelihatan

Primer tidak akan mencegah jerawat! Tetapi ia membantu untuk jerawat tidak kelihatan. Concealer sahaja tidak mencukupi untuk menutup jerawat.

Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu?

Primer pilihan kak Nac semestinya Makeup Forever Primer Step 1. Sebelum ni kak Nac pakai Benefit POREfressional tapi masih berminyak bila tengahari dan pori masih kelihatan. Kak Nac try dari kawan pakai Makeup Forever Primer Step 1, makeup tahan sampai ke malam. Memang terbaik!

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics kulit yang sesuai dipakai selepas primer dan disukai oleh artis Malaysia, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai “Apa itu makeup up primer dan adakah anda perlu?”

Continue Reading

5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar dan menawan!

Viral di media sosial yang “Baby Arra” tak suka orang bermata sepet? Jangan risau, ada 5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar dan menawan!

1 – Pakai celak putih

5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar dan menawan!

Pakai celak putih di garisan waterline di bawah mata, celak beige, gold atau silver pun boleh!

2 – Pakai fake lashes

5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar dan menawan!
Cari artis yang mempunyai mata lebih kurang macam anda, contohnya Che Ta, juga mata kecil, tengok fake lashes jenis apa yang dipakai Che Ta. Tak perlu bertingkat-tingkat, cukup satu lapis pun dah boleh buat mata nampak besar. Pakai mascara atas bawah pun dah nampak cantik.

3 – Highlight

5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar dan menawan!
Highlight dibahagian dalam mata. Boleh menarik perhatian dan mata akan kelihatan menawan. Tips ini sangat penting!

4 – Pakai concealer


Makeup artist professional di luar negata banyak berkongsi tips ni. Letakkan di bahagian dalam mata bahagian atas. Ia akan menyebabkan ilusi seperti mata panjang.

5 – Pakai contact lens berwarna

Pelik. Tapi memang contact lens yang berwarna boleh buatkan mata kelihatan lebih besar. Boleh pilih warna seakan sama atau lebih kurang.

Untuk info lanjut mengenai promosi Ramadhan foundation merawat NAC Cosmetics yang dipakai oleh Farahanim Razak, klik di sini.

Sila share artikel blog ini kepada kawan dna keluarga anda mengenai 5 tips membuatkan mata kelihatan lebih besar!

 


Continue Reading

Apakah foundation yang flawless dengan jenis kulit anda?

Warna, formula dan coverage yang betul, pencarian foundation boleh mengelirukan. Kenali apakah foundation yang flawless dengan jenis kulit anda?

Langkah pertama – Warna foundation yang sesuai

Apakah foundation yang flawless dengan jenis kulit anda?
1. Pilih tiga warna yang berdekatan dengan warna kulit anda.

2. Cuba di bahagian bawah jawline and dan dekat dengan telinga. Pilih warna yang senang diblend.

3. Jangan cuba di tangan!

Langkah kedua – Pilih formula yang betul

1. Kulit berminyak – Elakkan yang moisturise dan untuk glowing/dewy effect.

2. Kulit cepat berjerawat – Cari foundation mempunya sacyllic acid/ merawat untuk halang pertumbuhan jerawat.

3. Kulit kering – Jangan pilih matte finish! Pilih cream foundation sebab ianya takkan menyebabkan bertompok.

4. Kulit kombinasi – Cuba dengan pelbagai formula. Sehari cuan yang luminous, keesokkammya matte finish untuk dapat yang paling selesa.

Langkah ketiga – Pemakaian foundation yang betul

1. Prep kulit anda dengan primer. Ia boleh menutup pori dan foundation tahan lama.

2. Jangan membazir, satu atau dua kali pump sudah cukup.

3. Setkan foundation anda dengan bedak translucent. Jika kulit anda berminyak, apply selepas memakai foundation ke seluruh muka. Bagi yang berminyak hanya di t-zone, apple hanya di bahagian t-zone.

Good luck, girls!

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang sesuai dengan semua jenis kulit, sila klik disini.

Sila share artikel blog ini mengenai “Apakah foundation yang flawless dengan jenis kulit anda?” kepada kawan dan keluarga anda.

Continue Reading

Macam mana nak pakai pemerah pipi untuk bentuk muka anda?

Pemakaian pemerah pipi boleh menaikkam seri wajah. Tulang pipi akan kelihatan dan nampak lebih sharp! Jadi, Macam mana nak pakai pemerah pipi untuk bentuk muka anda?


Untuk info lanjut mengenai foundation merawat yang mencerahkan kulit sambil menghalang matahari, sila klik di sini.

Sila share blog artikel “Macam mana nak pakai pemerah pipi untuk bentuk muka anda” kepada kawan atau keluarga anda.

Continue Reading

Cara membaiki makeup yang jatuh dan pecah dengan mudah!

Tengah sibuk nak siap, tiba-tiba makeup jatuh pecah. Makeup kesayangan pulak tu! Jangan buang, ikut cara membaiki makeup yang jatuh dan pecah!

Cara membaiki makeup yang jatuh dan pecah dengan mudah!

Bahan-bahan yang kena ada untuk membaiki makeup yang jatuh dan pecah dengan mudah :

  • 70% alcohol (ada dijual di Guardian, Watson atau Farmasi)
  • Kertas plastik pembalut
  • Brush kecil
  • Spatula
  • Dropper

Cara-cara untuk membaiki makeup yang jatuh dan pecah :

  1. Balut makeup yang jatuh tu dengan plastik supaya tak dicemari
  2. Pecahkan supaya menjadi debu menggunakan brush kecil
  3. Tambah alcohol menggunakan dropper. Tambah secara berperingjat. Mulakan dengan setitik, kacau rata, baru tambah lagi.
  4. Ratakan menggunakan spatula. Boleh juga guna sudu.
  5. Gunakan brush kecil untuk ratakan di hujung.
  6. Biarkan dalam sejam.
  7. Sedia untuk digunakan!

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang mengunakan bahan premium dari Korea dan digilai K-pop selebriti, sila klik disini.

Jangan lupa kongsikan blog artikel “Cara membaiki makeup yang jatuh dan pecah!” kepada kawan dan keluarga anda.

Continue Reading

4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas!

Ada wanita yang merasakan tak penting untuk makeup ketika puasa. Jangan risau, ikut 4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas!

4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas!

Apa gunanya puasa tanpa solat? Jadi ada yang berasa leceh jika mereka  makeup dan terpaksa cuci berulang kali. Apa alternatif terbaik untuk anda bersiap ketika di bulan puasa? Ikut 4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas!

1 – Pakai tudung yang berwarna dan menaikkan seri wajah

4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas!

Bila anda pakai tudung yang warnanya agak bangkit, jadi anda akan kelihatan seperti bersiap. Wajah juga akan kelihatan berseri dan pemakaian anda nampak menawan. Hanya dengan menyuaipadankan rona warna tudung yang terang dengan baju yang plain, cukup untuk nampak anda bersiap.

2- Pakai foundation dan bedak

Konsultan imej peribadi menasihatkan wanita jangan sesekali meninggalkan rumah tanpa foundation dan bedak. Foundation akan nampak kulit anda sekata manakala bedak akan menggebukan kulit wajah. Kedua-dua makeup ni sangat mudah untuk dipakai berulang kali.

3- Pakai lipstick

Lipstick juga seperti tudung. Ia merupakan aksesori wanita yang boleh menaikkan seri wajah sekali gus. Anda  akan sentiasa nampak seperti bersedia dengan memakai lipstick yang agak terang. Boleh pilih warna merah atau coral.

4- Pakai sedikit celak

Celak akan gelapkan kawasan mata dan kurangkan anda kelihatan seperti tak cukup tidur akibat bangun sahur. Celak juga senang dicucikan ketika berwudhu berbeza dengan maskara yang akan mengambil masa.

Penting untuk bersiap juga ketika bulan puasa. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk keyakinan diri dan juga suami. Cukup sekadar sedap mata memandang.

Untuk info lebih lanjut NAC Cosmetics Super Flawless Foundation yang mesra wudhuk dan boleh dibawa solat, sila klik di sini. 

Sila share artikel blog ini mengenai 4 tips makeup dibulan puasa yang mudah dan ringkas kepada kawan dan keluarga anda.

Continue Reading

Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!

Jerawat naik di wajah sudah tentu merisaukan anda. Ketahui 5 penyebab jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik.

Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!

Melalui ujikaji yang dijalankan di US, boleh dirumuskan ada 5 penyebab jerawat. Kak Nac juga ada pengalaman jerawat naik dengan mendadak. Kena kenalpasti punca dan cuba elakkan. Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!

1 – Faktor hormon

Kebiasaanya jerawat berlaku pada usia anda menginjak dewasa, 20 an dan ada juga ketika hampir menopause. Ini kerana pada ketika ini, hormon jadi tidak seimbang.  Pengambilan pil perancang juga boleh mempengaruhi faktor hormon. Jika anda dapati jerawat anda naik disebabkan oleh hormon, boleh berjumpa dengan dermatologist untuk rawatan selanjutnya.  Jerawat disebabkan hormon boleh berlanjutan sehingga bertahun jika anda tidak atasinya dengan baik.

2 – Faktor pemakanan

Jika anda selalu makan makanan manis, bersusu dan bergoreng, elakkan atau kurangkan untuk seketika. Makanan seperti ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Contoh makanan yang perlu di elakkan adalah coklat, susu lembu, kacang, ayam goreng, gula-gula dan lain lain lagi. Ini yang disarankan oleh doktor kak Nac dan kak Nac elakkan hampir dua tahun tak makan makanan bersusu. Hasilnya kulit lebih bersih. Jadi kena ada disiplindalam pemakanan kalau nak kulit yang cantik.

3 – Kosmetik yang tidak sesuai

Jika anda memakai sesuatu produk kosmetik dan menyebabkan jerawat naik dengan mendadak, terus berhenti dari memakai produk itu. Walaupun harga mahal, better safe than sorry. Kak Nac kenal pasti penyebab ketiga nilah yang menyebabkan kak Nac naik jerawat sehingga makan bertahun. Menyesal pun ada awal-awal bila naik tapi tak nak stop. Bila jerawat dah teruk, nak stop dah tak ada guna. Ada juga yang awal-awal pakai cantik, tapi bila stop naik dengan mendadak. Check betul-betul produk yang anda pakai dan pastikan selamat.

Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
Kak Nac mula naik jerawat pasir di pipi
Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
Jerawat pasir naik di dahi kak Nac

4 – Persekitaran yang kotor

Ini bagi yang duduk bujang, selalunya cadar atau tilam tak berjemur atau tidak ditukar. Setiap hari bila kita tidur, sel kulit mati akan tertanggal. Semakin lama anda biar tak bercuci, maka akan menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jadi, bila anda tidur, bakteria akan berpindah ke muka. Selalunya boleh dilihat jika jerawat naik di pipi. Tandanya anda kena tukar cadar dan tilam lagi kerap. Buka tingkap di bilik supaya ada pengudaraan yang baik.

5 – Kurang tidur atau stress

Bagi anda yang selalu balik lewat malam, lambat tidur, ini boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat. Pada pukul 11 hingga 3 pagi, badan tengah hasilkan hormon yang bagus. Jika anda tidak tidur dalam masa ni, maka lagi senang untuk naik jerawat. Bila tidur tak cukup, badan akan jadi stress. Cuba masuk ke bilik tidur awal, supaya anda dapat lelap lebih awal. Kalau dulu masa muda mungkin tidur lambat tidak menyebabkan jerawat, tetapi bila lebih dewasa, badan akan bertukar hormon.

Kenalpasti penyebab kepada  jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik. Jadi, yang mana satu yang penyebab jerawat anda?

Untuk info lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang bukan hanya menutup cela tetapi merawat kulit berjerawat, sila klik di sini.

Sila share artikel blog ini  “Ketahui 5 penyebab jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik” kepada kawan dan keluarga anda.

 

 

Continue Reading

Bagaimana cari blusher yang sesuai untuk warna kulit anda?

Blusher boleh menaikkan seri wajah dan sesuai untuk anda pakai harian ke pejabat. Jadi, bagaimana cari blusher yang sesuai untuk warna kulit anda?

Mudah sahaja untuk kenalpasti warna yang sesuai untuk anda. Mula-mula ketahui warna kulit anda sama ada putih, sederhana atau gelap. Kemudian ikut guidelines di bawah untuk memilih warna blusher. Anda cuba ketiga-ketiga warna yang dicadangkan dan tengok yang paling sesuai. Lagi senang untuk anda buat pilihan berdasarakan warna yang dicadangkan.

Kulit Putih

Bagi anda yang berkulit putih, warna yangs esuai adalah pink cair atau peach.  Contoh, Nars Orgasm atau Tarte’s Amazonian Clay Blush dalam kod warna Dollface adalah warna yang sesuai untuk tambahkan seri wajah.

Kulit Sederhana

Untuk wanita kulit sederhana, pilih warna pink yang lagi gelap ke apricot adalah yang terbaik. Boleh cuba MaryKay Mineral Cheek Color dalam kod Shy Blush ataupun MAC blush dalam Peaches yang sesuai untuk anda nampak menawan.

Kulit Gelap

Bagi anda yang berkulit gelap, anda perlukan warna blusher dalam tona fuschia ke warna merah bata. Anda boleh cuba blush pallette dari The Sleek dalam kod Pink Sprint yang memang sesuai and cukup untuk nampak menarik.

Jika anda masih tak tahu dan keliru, Body Shop Lip and Cheek Stain dalam kod Berrry sesuai untuk semua jenis kulit.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat yang hasilkan wajah yang gebu dan flawless dalam 3 minit, sila klik di sini.

Sila share artikel blog ini kepada kawan dan keluarga anda tentang bagaimana cari blusher yang sesuai untuk warna kulit anda?

Continue Reading