3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Wanita Thailand dikenali dengan kulit wajah yang putih dan gebu. Tahukah anda ada 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan?

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Bagi anda yang mengikuti siri drama Thailand di TV3 pada setiap petang, mesti tertanya-tanya kenapa prerempuan Thailand mempunyai kulit yang halus dan putih? Apakah yang mereka amalkan? Sebenarnya mereka sangat menjaga kecantikan dan mengamalkan petua dari nenek moyang mereka. Wanita Thailand dikenali dengan kulit wajah yang putih dan gebu. Ketahui 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan.

  1. Asam Jawa

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Asam Jawa mempunyai manfaat kecantikan yang utama kerana sifat kandungan asid yang boleh mencerahkan kulit secara semulajadi. Bahan ini banyak digunakan oleh produk kecantikan di Thailand. Cara yang terbaik adalah dengan meletakkan satu sudu madu, sedikit asam jawa dan juga 3 sudu yogurt. Letakkan di muka selama 10 minit. Bilas dengan air. Ia boleh membuang sel kulit mati, bagus untuk peredaran darah dan juga memutihkan kulit.

2. Betik

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Betik mempunyai enzim yang berkesan untuk membuang segala kotoran dari wajah anda dan menghasilkan kulit baru yang lebih mulus. Enzim betik juga bekerja membersihkan dan membuang semua sel-sel kulit mati dari kulit. Caranya mudah sahaja, lenyekkan betik dan gosok ke muka perlahan-lahan. Bilas dengan air.

3. Serai

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Serai bukan hanya digunakan secara meluas dalam masakan tetapi ia juga memberi banyak manfaat dalam kecantikan dan kesihatan. Ia juga adalah ejen detoksifikasi yang terbaik.  Caranya, wapkan muka anda dengan air serai. Masukkan serai ke dalam air. DIdihkan air tersebut selama 20 minit kemudian wapkan muka anda selama 1 minit. Ulang sebanyak 3 kali dan hasilnay seperti sauna di spa yang mahal.

Untuk info mengenai foundation NAC Cosmetics yang merawat dan mencerahkan kulit wajah dengan ekstrak Oren serta menggunakan bahan natural, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda blog tentang 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *