Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Jika anda tengok  live makeup di Facebook, makeup artis menggunakan face oil sebagai primer makeup. Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Apakah sebenarnya itu face oil? Face oil adalah minyak yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah supaya makeup tahan lama. Bila kulit wajah anda lembap, makeup akan tahan lama. Tapi bila kandungan minyak yang terlalu tinggi, contohnya kandungan argan oil yang terlalu tinggi, boeh menyebabkan liang pori tersumbat dan membawa kepada masalah oil seed, jerawat halus dan jerawat didalam kulit. Sebab itu ramai yang mula mengambil alternatif menggunakan serum.

Beza serum dengan face oil ialah serum dicampur dengan pati lain untuk merawat masalah kulit sekaligus. Manakala face oil adalah 100% minyak yang dipilih contohnya argan, chamomile, lavender, flaxseeds dan lain-lain yang hanya melembapkan kulit wajah tetapi tidak merawat. Bagi muka yang kering, anda boleh memakai face oil sebagai primer atau base makeup. Tetapi bagi kulit berminyak, tidak sesuai untuk anda memakai face oil. Sebaiknya memilih serum sebagai base makeup anda.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Kulit kak Nac lebih kepada berminyak, jadi kak Nac lagi suka memakai serum. Serum pilihan kak Nac semestinya Super Flawless Serum yang diasaskan dengan Argan oil, Aloevera, Kolagen, Vitamin C dan SPF35. Boleh merawat kulit wajah sambil dijadikan base makeup untuk tahan lama.

Sila share blog artikel NAC Cosmetics ini kepada kawan dan keluarga anda mengenai pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *