3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

Ramai yang selalu tertipu dengan trend barang makeup yang famous di media sosial. Ketahui 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!

3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!

Penting untuk anda tahu bahawa kualiti dan kesesuaian makeup memainkan peranan yang penting dalam membeli makeup. Ada makeup yang murah tetapi tak tahan lama dan ada juga yang mahal, tetapi tidak sesuai. Bagi ada yang selalu mengikuti trend semasa dalam makeup selalunya merasakan tertipu bila sudah membeli. Di sini kak Nac share 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

1 – Research

Research dahulu produk itu dihasilkan di mana, lihat dulu website, media sosial brand tersebut atau melalui kawan-kawan. Tengok bahan yang digunakan sama ada berbahaya atau tidak. Elakkan membeli dari brand yang pernah di ban dari mana-mana negara ataupun yang menggunakan paraben, SLS dan senarai produk yang berbahaya.

2- Review

Seeloknya, jangan beli awal-awal ketika produk dilancarkan. Tunggu review dari orang sekeliling atau dari mua. Sekarang banyak orang membuat review di Youtube ataupun website-website yang menjual makeup akan di review oleh orang yang membeli contohnya review di Sephora atau Facebook page. Jadi baca dahulu review yang diberi. Seeloknya review dari orang Malaysia sendiri yang menggunakan produk tersebut.

3 – Kesesuaian pada kulit

Kenapa kena lihat review dari orang Malaysia sendiri? Sebab anda boleh tahu kesesuaian pada kulit anda. Kulit orang barat tidak sama dengan orang di Malaysia kerana cuaca membezakan kelembapan kulit. Kulit orang Malaysia mudah berminyak jadi kadang-kadang makeup yang dihasilkan di barat lebih tertumpu untuk kulit kering kerana cuaca yang berbeza di sana. Malah kosmetik selalunya mempunyai banyak tekstur yang berbeza sebagai contoh foundation ada yang jenis liquid, mousse, matte, waterbased, oilbased, stick foundation dan powder foundation.

Jadilah pengguna yang bijak dengan menilai dari 3 aspek di atas iaitu melakukan research terlebih dahulu, lihat review dari orang lain dan juga tengok kesesuaian pada kulit anda. Jangan membeli terlebih dahulu sebelum melihat aspek-aspek penting ni. Kalau tidak, melayanglah duit sebab tak sesuai.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk NAC Cosmetics yang diformulasikan di Korea yang sesuai dengan kulit orang Asia, klik di sini.

Sila share artikel blog NAC Cosmetics ini kepada kawan dan keluarga anda tentang 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *