Hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!

Bau badan berpunca dari peluh yang bercampur dengan bakteria di permukaan kulit. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa di khalayak ramai. Bagi anda yang mempunyai masalah bau badan, jangan khuatir, anda boleh hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!

Hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!

Ini resepi untuk menghilangkan bau badan dan sekaligus mewangikannya secara semulajadi.

Bahan-bahan

  • 3 batang serai
  • 2 daun pandan
  • 2 mangkuk air

Cara-cara

Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.

1. Potong atau titikkan serai dan pandan.

2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.

3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.

4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.

Anda boleh minum air rebusan ini setiap hari. Rasanya tawar dan tidak pahit seperti minuman herba yang lain. Kalau anda ingin keluarkan angin di badan, boleh tambahkan halia yang dihiris.

Ini sebagai langkah alternatif bagi mereka yang tidak mahu menggunakan deodoran yang mempunyai kimia yang boleh menyebabkan kanser payudara. Kurangkan mengambil makanan yang berbau seperti bawang, petai, jering dan lain-lain.

Jangan lupa untuk kongsikan petua dari NAC Cosmetics di atas jika bermanfaat kepada ramai pembaca di luar sana, terutamanya mereka yang banyak berpeluh dan kurang konfiden akibat masalah ini. Selamat mencuba!

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk NAC Cosmetics yang diformulasikan di Korea yang sesuai dengan kulit orang Asia, klik di sini.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *