Tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

Pori dimuka yang kelihatan menyebabkan wajah nampak kusam dan tidak flawless. Penyebab utama pori terbuka adalah kerana liang roma yang tersumbat dek kerana makeup atau kotoran debu. Cuba tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

Anda hanya perlukan tiga bahan ini untuk buat masker di rumah yang terbukti berkesan. Ketiga-tiga bahan ini sememangnya dikenali dengan pelbagai khasiat bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.

  1. Pisang
  2. Madu
  3. Yogurt

Cara untuk membuat masker :

  1. Lenyekkan pisang.
  2. Masukkan yogurt dan madu sehingga seimbang.
  3. Kacau rata.
  4. Letakkan di satu muka. Lebihkan di kawasan berpori.
  5. Tunggu sehingga kering. Bilas.

Lakukan seminggu sekali atau 2 kali seminggu untuk hasil yang flawless dan glowing.

Jangan lupa untuk pakai NAC Cosmetics Super Flawless Serum yang membantu merawat kulit anda dari dalam. Serum ini akan membantu mengecilkan liang pori.

Klik share di bawah bagi tips dari NAC Cosmetics untuk kulit muka bebas pori. Tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

 

Continue Reading

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Wanita Thailand dikenali dengan kulit wajah yang putih dan gebu. Tahukah anda ada 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan?

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Bagi anda yang mengikuti siri drama Thailand di TV3 pada setiap petang, mesti tertanya-tanya kenapa prerempuan Thailand mempunyai kulit yang halus dan putih? Apakah yang mereka amalkan? Sebenarnya mereka sangat menjaga kecantikan dan mengamalkan petua dari nenek moyang mereka. Wanita Thailand dikenali dengan kulit wajah yang putih dan gebu. Ketahui 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan.

  1. Asam Jawa

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Asam Jawa mempunyai manfaat kecantikan yang utama kerana sifat kandungan asid yang boleh mencerahkan kulit secara semulajadi. Bahan ini banyak digunakan oleh produk kecantikan di Thailand. Cara yang terbaik adalah dengan meletakkan satu sudu madu, sedikit asam jawa dan juga 3 sudu yogurt. Letakkan di muka selama 10 minit. Bilas dengan air. Ia boleh membuang sel kulit mati, bagus untuk peredaran darah dan juga memutihkan kulit.

2. Betik

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Betik mempunyai enzim yang berkesan untuk membuang segala kotoran dari wajah anda dan menghasilkan kulit baru yang lebih mulus. Enzim betik juga bekerja membersihkan dan membuang semua sel-sel kulit mati dari kulit. Caranya mudah sahaja, lenyekkan betik dan gosok ke muka perlahan-lahan. Bilas dengan air.

3. Serai

3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik dan menawan

Serai bukan hanya digunakan secara meluas dalam masakan tetapi ia juga memberi banyak manfaat dalam kecantikan dan kesihatan. Ia juga adalah ejen detoksifikasi yang terbaik.  Caranya, wapkan muka anda dengan air serai. Masukkan serai ke dalam air. DIdihkan air tersebut selama 20 minit kemudian wapkan muka anda selama 1 minit. Ulang sebanyak 3 kali dan hasilnay seperti sauna di spa yang mahal.

Untuk info mengenai foundation NAC Cosmetics yang merawat dan mencerahkan kulit wajah dengan ekstrak Oren serta menggunakan bahan natural, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda blog tentang 3 rahsia wanita Thailand kelihatan cantik.

Continue Reading

4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari

Anda ada masalah jeragat dan ingin tahu 4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari?

Jeragat ni terhasil dari pigmentasi apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang sangat lama. Jeragat selalunya dikawasan pipi dan juga boleh terjadi di bibir. Penting untuk sentiasa memakai pelindung matahari tak kira cuaca redup atau panas! Pakai 20 minit sebelum keluar rumah. Ada 4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari.

Bagi org yg kulit berjeragat, anda harus buat mask 2 kali seminggu untuk pudarkan jeragat. Penting untuk cerahkan kembali kawasan berjeragat supaya kulit tidak kusam dan jeragat tidak melarat.  Mask boleh buat sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Sangat mudah.



Ada empat jenis mask:
1️. Apple cider vinegar – Campur satu sudu apple cider vinegar bersama air. Rendam cotton ball dan sapu dibahagian jeragat. Biar selama 10 minit dan bilas.
2️. Aloevera – Letak aloevera gel di bahagian jeragat sebelum tidur.
3️. Ubi kentang – Potong nipis dan sapu di bahagian jeragat selama 10 minit. Bilas dengan air.
4. Lemon – Perah jus dan rendam cotton ball. Sapu dibahagian jeragat. Biar selama 10 minit dan bilas.
Boleh buat salah satu di atas. Letakkan dimuka selama 15 minit. Boleh buat sebelum mandi.

Nak cantik kena rajin dan disiplin, barulah jeragat di muka akan berkurangan. Penting untuk tahu bahawa walaupun jeragat telah pudar, tetapi hanya dengan sedikit pendedahan kepada matahari tanpa pakai sunblock, jeragat akan kembali. 

Untuk info lebih lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang menggunakan bahan natural dan premium dari Korea, Klik link disini.

Jika anda rasa blog artikel “4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari”, sila share dengan kawan atau keluarga yang tersayang.

Continue Reading