5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

Zaman kening nipis telah berlalu. Sekarang, kening tebal lagi nampak cantik dan menawan. Ooops, ada 5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!
Kening Selena Gomez yang sangat menawan

Bila kening anda kelihatan tebal, ia akan hasilkan raut wajah yang kelihatan muda. Tapi tak semua orang dikurniakan kening yang tebal, kak Nac sendiri salah seorang yang mempunyai kening yang semulajadi nipis. Tapi jangan risau, ada 5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

1- Cari pencil yang sesuai dengan warna kening anda

5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

Brow liner akan hasilkan kening yang sangat menawan kerana kita boleh lukis bentuk yang kita mahu. Jadi, dapatkan satu! Macam kak Nac, kak Nac gunakan MAC brow liner dari code STUD. Warna yang tidak telalu gelap tetapi nampak natural.

2- Beli brow powder

5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

Kebanyakan makeup aris suka gunakan brow powder untuk isikan kening supaya lebih tebal. Anda boleh tentukan ketebalan kening anda.

3- Rapikan dan warna bulu kening

5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!Anda boleh rapikan kening anda dengan sikat supaya mengikut bentuk dilukis dan warnakan mengikut warna yg sesuai dengan kulit anda.

4- Gunakan bahan yang betul

5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal!

Pastinya anda mahukan kening yang lebih tebal. Tetapi untuk kemaskan lagi kening, boleh cabut kawasan yang diluar bentuk kening anda. *pilihan jika anda mahu lakukan

5- Gunakan minyak kelapa setiap malam

Jika anda terlebih cabut, sapukan minyak kelapa setiap malam sebelum tidur. Sapu nipis sahaja!

Untuk info lanjut mengenai NAC Cosmetics Super Flawless Foundation yang terbukti foundation pertama yang merawat kulit wajah bermasalah, sila klik di sini.

Sila share artikel blog ini mengenai 5 cara yang mudah untuk dapatkan kening yang tebal! kepada kawan dan keluarga anda.

 

Continue Reading

Penting ke pakai sunblock sebelum keluar rumah?

Anda selalu keluar rumah tanpa pakai sunblock? Nampak macam okay je tak ada kesan. Penting ke pakai sunblock sebelum keluar rumah ni?

Selalu bila pergi pulau je saya beria pakai kak Nac. Kadang-kadang dah sampai, terlupa nak letak pun. Saya pergi office tak pakai pun, sebab kejap je kena panas lepas tu masuk aircond dah. Rata-rata ini respon kak Nac dapat bila tanya pakai sunblock tak bila keluar rumah. Jadi. penting ke pakai sunblock sebelum keluar rumah?

1 – Tak kira cuaca mendung ke panas ke, hari hujan ke, WAJIB pakai sunblock!

Kenapa ya? Sebenarnya sunblock ni bukan untuk melindungi dari cahaya matahari je tetapi nak melindungi kita dari sinar UV yang berbahaya. Lapisan ozon kita makin nipis, jadi sinar UV tu dah sampai ke permukaan bumi terus kat kulit. Sinar UV ni bila kena kulit akan menyebabkan kulit rosak dan akhirnya membawa kepada kanser kulit. Jadi sebenarnya fungsi sunblock bukan nak jaga kulit bagi putih je, tapi untuk elak penyakit kulit yang berbahaya.

2 – Pastikan sunblock anda ada spf yang mencukupi

Sun Protection Factor (SPF) adalah ukuran yang digunakan untuk menentukan seberapa lama sinar matahari akan ‘membakar’ kulit Anda. Contohnya, selalunya dalam 10 minit kulit anda dah rasa terbakar dari matahari, tapi bila pakai sunblock spf 15, kulit hanya akan mula terbakar selepas 150 minit kemudian. Jadi spf berapa yang sesuai? Mengikut kajian, spf 30 ke ats sudah mencukupi untuk melindungi kulit anda. Tapi perlu di ulang pakai selepas 4 jam. Tak semestinya lagi tinggi sunblock lagi bagus,  untuk kulit wajah spf 30 dah cukup dan tak menyebabkan liang pori-pori tersumbat.

3 – Sebaiknya pilih yang waterproof

Ya bila waterproof, lagi lama sunblock melindungi kulit anda. Bagi anda yang rasa sunblock menyebabkan kulit berminyak atau jerawat, kak Nac cadangkan cari sunblock yang memang khas untuk wajah dan juga oil free.

Ingat, sunblock tu penting terutama sekali kita yang duduk di kawasan yang sangat terik. Kesannya bila anda dah berumur akan naik jeragat, pigementation dan juga parut jadi hitam.

Untuk info mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang mempunyai spf35 yang boleh menghalang 97 peratus SInar UV dari kulit, sila klik di sini.

Sila share blog artikel mengenai “Penting ke pakai sunblock sebelum keluar rumah?” kepada kawan dan keluarga anda.

Continue Reading

Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah

Bibir anda kering dan merekah? Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah!

Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah

Pemakaian lipstick selalunya menambahkan seri pada wajah. Tetapi apabila kerap memakai lipstick, bibir menjadi kering dan merekah. Lebih-lebh lipstick jenis matte, jelas nampak berkuping. Jadi, ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah!

1- Scrub bibir anda

Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah

Walaupun bibir anda nampak sekata, tetapi terdapat sel kulit mati. Jadi, scrub bibir sebelum memakai lipstick. Caranya, scrub bibir anda dengan campuran gula kasar dan madu. Gosok perlahan di bibir.

2- Pakai lip balm

Penting untuk tahu bahawa walaupun anda suka hasil yang matte look, tetapi penting untuk bagi bibir tidak kering. Caranya pakai lipbalm beberapa minit sebelum pemakaian lipstick. Kemudian lapkan guna tisu.

3- Pakai lip primer

Lip primer akan membantu supaya lipstick lebih tahan lam di bibir. Jadi anda tidak perlu kerap memakai kembail terutama lepas makan.

4- Conceal

Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah

Ya betul, tutup pigmen gelap di bibir dengan concealer. Caranya ratakan sedikit concealer di bibir supaya ia tidak gelap dan warna mudah naik. Sebab tu selalunya colour lipstick lain tetapi bila pakai di bibir jadi lain. Anda harus conceal dahulu bibir anda.

5- Pakai lip liner

Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah

Penting memakai lip liner untuk sediakan base lipstick. Bahkan lip liner mampu buat lipstick tahan lama.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat dari NAC Cosmetics yang ringan dan tahan 12 jam di muka, sila klik di sini.

SIla share artikel dari blog ini “Ketahui tips memakai lipstick yang betul supaya tidak merekah” kepada kawan dan keluarga anda.

Continue Reading

3 hadiah menarik untuk diberi sempena Hari Ibu yang bakal tiba

Anda tidak tahu nak beli apa untuk isteri atau ibu anda? Ketahui 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu.

Bagi yang mempunyai isteri dan ibu, inilah masanya untuk anda meraikan pengorbanan mereka dan menghargai segala susah payah mereka membesarkan anda atau anak anda. Hadiahkan mereka sesuatu yang bermakna dan disukai. Ada 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu:

  1. Kosmetik

Sifat wanita memang suka benda yang mencantikkan diri. Jadi kalau anda nampak ibu atau isteri anda suka memakai kosmetik tertentu di muka contohnya foundation, eyeliner, mascara dan lain-lain, hadiahkan mereka dengan kosmetik yang mereka akan guna. Setiap kali mereka pakai, mereka akan menghargai anda dan semestinya ingin tampil cantik di mata anda.

2. Pakaian

Credit from Vivy Yusof

Ya, wanita tidak pernah akan rasa cukup dengan pakaian yang mereka ada. Jadi, anda boleh hadiahkan mereka dengan pakaian sama ada baju, seluar atau tudung. Percayalah, dalam banyak pakaian yang mereka ada, yang anda hadiahkan itulah yang paling mereka ingat dan sayang.

3. Aksesori

Bagi anda yang berkemampuan lebih, hadiahkan ibu atau isteri anda dengan jam tangan, gelang atau cincin. Sudah semestinya aksesori diperbuat dari emas lebih bermakna. Ini bagi yang ada bajet lebih ya! Ikut kemampuan masing-masing.

Bukannya material yang dibandingkan dengan nilai sesebuah hubungan. Tetapi sifat manusia yang sukakan perhatian bila diberi hadiah. Siapa yang tak suka hadiah kan? Tak perlu mahal, cukup mengikut kemampuan anda.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat kulit muka dari NAC Cosmetics, sila klik di sini.

Sila share blog artikel mengenai 3 hadiah menarik untuk diberi sempena Hari Ibu yang bakal tiba.

Continue Reading

3 cara memilih kanta lekap yang selesa dan selamat

Viral di media sosial mengenai kanta lekap yang membuatkan seorang wanita nyaris buta dan hilang penglihatan! Ketahui cara memilih kanta lekap yang selesa dan selamat.

3 cara memilih kanta lekap yang selesa dan selamat

Kanta lekap sudah menjadi trend untuk melengkapkan penggayaan seharian. Lambakan kanta lekap yang dijual secara online sebenarnya sangat berbahaya kepada mata anda jika anda tidak tahu memilih kanta lekap yang selesa dan selamat. Ketahui 3 cara memilih kanta lekap yang selesa dan selamat.

  1. Ketahui jenis kanta lekap yang sesuai dengan anda

Kanta lekap terbahagi kepada dua iaitu jenis soft lens atau hard lens. Hard lens sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai astigmatisme atau jika anda mempunyai sejarah protein dideposit ke kanta lekap.

Selepas memilih soft atau hard lens, anda perlu ketahui masalah mata yang anda ingin selesaikan. Kanta lekap terdapat pelbagai jenis, ada yang berwarna (coloured lenses), toric lenses (untuk membaiki astigmatisme), multifocal lenses dan lain-lain. Penting untuk anda rujuk kedai cermin mata atau doktor pakar mata.

2. Ketahui tempoh masa kanta lekap yang sesuai dengan anda

Kanta lekap ada yang disposable (pakai buang) , daily lens dan juga 3 bulan pemakaian. Jika anda ingin memakai untuk majlis perkahwinan, beli yang disposable sahaja. Kanta lekap disposable lebih selesa untuk dipakai sewaktu majlis perkahwinan.

3. Ketahui material jenis silikon hydrogel atau biasa

Silikon hydrogel merupakan inovasi terbaru untuk kanta lekap. Ia menyerap lebih abnyak oxygen dan kandungan air yang lebih tinggi. Mata akan dapat oksigen yang secukupnya. Jadi, pemakaian kanta lekap lebih selesa.

Dapatkan nasihat dari pakar tentang pemakaian kanta lekap yang sesuai. Penting untuk membeli dari kedai optik ataupun atau website online yang menjual kanta lekap yang disahkan selamat dan bermutu. Jangan membeli aknta lekap sebarangan. Mata anda menjadi pertaruhan!

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang tidak bercapuk dan berminyak, sila klik di sini.

Sila share kepada kawan atau keluarga anda blog mengenai 3 cara memilih kanta lekap yang selesa dan selamat.

Continue Reading

3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan

Anda tidak kemana-mana untuk cuti perayaan? Manfaatkan hari anda dengan 3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan.

Anda ada masa yang lebih di rumah dan tiada planning untuk keluar? Amalkan 3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan.

  1. Pakai mask

3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan

Inilah peluang anda untuk pakai mask. Lakukan sendiri di rumah atau beli sahaja mask yang sesuai dengan kulit anda. Jika anda ada masa lebih, letakkan lama sedikit sambil buat kerja lain di rumah. Bukan sahaja pakai mask dikulit wajah tetapi juga di bahagian mata supaya anda nampak lebih fresh.

2. Rendam kaki dalam air

3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan

Ya, ambil sebesan air diletakkan bersama sedikit garam. Rendamkan kaki anda selama 20 minit. Kesian kaki anda dah bekerja keras, pakai tumit tinggi lagi. Inilah peluang untuk rehat secukupnya. Kaki pun kena jaga juga dan dengan rendam kaki dalam air garam boleh membuang toksin dalam badan.

3.  Minum jus buah-buahan

3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan

Kalau anda ada buah-buahan di rumah seperti epal, oren, pisang dan sebagainya. Blend kan buah-buahan dan tambah sedikit madu. Jus boleh menolong anda membuang toksin dalam badan dan menguruskan badan. Bahkan jus buah-buahan dapat memberi nutrien dalam badan. Minum ketika bangun tidur.

Untuk info lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang mudah untuk dipakai dan jimat masa bersiap, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda blog tentang 3 tips kecantikan mudah maafaatkan cuti perayaan.

Continue Reading

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Baking soda di dapur selalu dibiarkan sahaja selepas buat kek. Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri.

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Wanita sekarang ni nak maintain kecantikan memerlukan kos yang tinggi. Kosmetik, skincare, salon dan macam-macam lagi untuk nampak cantik. Sebenarnya ada banyak barang di dapur anda yang terbukti berkesan untuk jimatkan kos anda dalam mecantikkan diri.  Ketahui 5 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri.

1. Hilangkan jerawat

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Ya betul! Baking soda boleh dibuat mask untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan mudah. Campurkan baking soda dengan madu, buat seperti pes, letakkan di muak selama 15 minit. Amalkan 2 kali seminggu. Hasilnay, gebu dan flawless.

2. Putihkan gigi

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Baking soda dicampurkan sedikit dalam ubat gigi anda. Ia bertindak menanggalkan kotoran di gigi. Lakukan setiap hari. Hasilnay gigi lagi putih berseri. Tak perlu nak pergi laser putihkan gigi. Bagi yang nak berkahwin tu, amalkan 3 bulan sebelum kahwin.

3. Lembutkan tapak kaki

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Jika anda ada permukaan bawah kaki yang kasar, campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam sebesen air suam. Biar selama 20 minit. Gosokkan kaki anda dengan baking soda. Kaki akan kelihatan lebih putih dan mulus.

4. Lebatkan rambut

Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri

Rambut semakin menipis? Selalunya rambut wanita ni banyak gugur. Jadi, anda campurkan baking soda di dalam syampu rambut dalam satu sudu kecil teh. Tak perlu banyak. Cara ini terbukti berkesan, bahkan ada juga yang hanya cuci rambut dengan baking soda, ahsilnya rambut jadi lebih sihat dan berkilat.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang memutihkan kulit dengan menggunakan bahan natural, sila klik di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan atau keluarga anda blog mengenai “Ketahui 4 tips menggunakan baking soda untuk kecantikan diri”.

Continue Reading

3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle dengan cepat

Selalunya bila tak cukup tidur atau kerap terjaga malam, keesokkannya mata terus jadi panda. Jadi, apa 3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle denagn cepat?

Anda jenis yang mempunyai dark circle yang ketara? Selalu ditegur di pejabat mcam tak cukup tidur. Stress juga bila orang sekeliling selalu tegurkan? Ikut 3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle denagn cepat dari Kak Nac.

  1. Gunakan Eye Cream

3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle dengan cepat

So far, eye cream yang kak Nac pakai terus rasa mata macam fresh, eye cream It’s Potent! dari Benefit Cosmetics. Caranya, guna jari manis titikkan tiga di bawah mata dan atas mata. Ini penting sebab kita bukan hanya nak sorokkan dengan makeup sahaja tapi juga nak hilangkan terus dark circle. Hanya dab dab sahaja. Jangan tarik sebab kawasan mata sangat sensitif.

2. Gunakan Eye concealer

3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle dengan cepat

Kak Nac jugakan Bye Bye Under Eye concealer cream dari IT Cosmetics code medium. Concealer ini boleh samakan kembali dark circle dengan warna kulit wajah kita. Lihat cara yang betul dengan letak bentuk segi tiga seperti gambar di bawah. Ratakan guna sponge dengan dab dab sahaja.

3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle dengan cepat

3. Gunakan foundation

Kak Nac gunakan Super Flawless Foundation dari NAC Cosmetics sebab foundation akan ikut warna darah.  Jadi sangat sesuai untuk highlightkan bawah mata supaya jadi sekata. Tengok video tutorial di bawah. Kak Nac gunakan pada seluruh muka dan akhir sekali baru di bawah mata. Lihat pada step 2 dan 8. Penting untuk tahu tak semua foundation boleh digunakan pada bawah mata. Foundation kak Nac guna memang sesuai untuk kawasan-kawasan sensitif.

Kalau anda ingin dapatkan NAC Cosmetics Super Flawless Foundation seperti video di atas, klik link di sini.

Sila share artikel ini kepada kawan atau keluarga anda blog mengenai 3 tips makeup mudah untuk hilangkan dark circle dengan cepat.

Continue Reading

5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir di dahi dan pipi

Jerawat pasir adalah bintik kecil yang terhasil dari minyak dan bakteria. Ketahui 5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir di dahi dan pipi.

5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir didahi dan pipi

Bagi anda yang biasa picit jerawat pasir, akan ada nasi yang sebenarnya terhasil sbb berlebihan minyak di muka. Selang beberapa hari, jerawat pasir akan naik balik malah bertambah banyak. Beza jerawat pasir dan bernanah ialah jerawat pasir akan berada di tempat ia tumbuh dan tidak hilang manakala jeawat nanah akan mengecut dan masak. Jadi, ada 5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir didahi dan pipi.

  1. Kenalpasti produk muka anda yang terlalu berminyak dan tidak sesuai di muka

Kak Nac sendiri pernah naik banyak sangat jerawat pasir di dahi. Semakin hari semakin banyak. Bila jumpa doktor, doktor tanya apa produk yang kak Nac selalu pakai. Kak Nac bagitau satu-satu dan doktor cadangkan cuba berhenti satu pada satu masa untuk tengok mana yang buat kulit jadi berminyak. Jadi kak Nac ikut nasihat doktor. Rupa-rupanya, argan oil yang kak Nac pakai setiap malam terlalu banyak mineral yang tidak sesuai dengan kulit kak Nac menyebabkan kulit naik jerawat pasir. Jadi, sebaiknya anda kenalpasti rutin produk apa yang anda pakai sebenarnya tidak sesuai untuk kulit.

2. Pakai produk yang diformulasikan secara oil free

Jerawat pasir terhasil di sebabkan minyak yang berlebihan. Sebab tu bila anda picit jerawat pasir akan ada nasi. Sebaiknya cari produk yang diformulasikan oil free. Jika kulit anda terlalu kering, gantikan salah satu produk seperti toner atau moisturiser dengan formulasi untuk kulit sensitif. Tidak semestinya cleanser-toner-moisturiser anda harus formulasi oil free. Cuba satu-satu sehingga jumpa yang sesuai dengan kulit anda.

3. Pastikan cadar atau sarung batal anda ditukar setiap minggu

Sebab kulit muka kita akan berminyak ketika tidur, jadi minyak akan terlekat di sarung bantal dan cadar. Bila kita tidur di tempat yang sama, bakteria akan mula membiak di kulit muka. Disiplinkan diri untuk tukar setiap minggu.

4. Gunakan mask jenis clarifying

5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir didahi dan pipi

Mask jenis clarifying selalunya adalah clay mask. Ketahui bahawa clay mask ini berfungsi untuk menyerap minyak dan kotoran dari liang-liang roma. Bagi kak nac yang bekerja dan tiada masa untuk melakukan mask dibuat sendiri, jadi ini alternatif yang terbaik. Hanya letak dimuka dan tunggu sehingga kering dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.

5. Makan Vitamin A

Vitamin A bagus untuk membantu menyembuhkan kulit dan mencegah bakteria. Ada dijual di farmasi dan makan mengikut dos yang ditetapkan. Setelah anda dapati kulit muka anda sudah pulih, kurangkan dos dan hanya ambil ketika jerawat naik kembali. Vitamin A tidak baik untuk dimakan secara berterusan dalam jangka masa panjang. Hanya ketika jerawat anda naik.

Penting untuk tahu jika anda hanya lakukan salah satu dari cara di atas, kemungkinan untuk Jerawat pasir hilang sangat susah. Jadi amalkan kesemua tips di atas jika anda benar-benar ingin hilangkan terus dari kulit.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat yang Kak Nac pakai ketika masih bejerawat pasir iaitu NAC Cosmetics, sila klik di sini. Kak nac juga akan berkongsi dengan anda lebih tips untuk hilangkan jerawat pasir.

Sila share artikel ini kepada kawan atau keluarga anda blog mengenai 5 tips berkesan hilangkan jerawat pasir didahi dan pipi.

Continue Reading

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Ulam merupakan amalan turun-temurun dari nenek moyang kita. Ketahui 5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita.

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ketahui 5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita.

Ulam pegaga

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang dapat menbantu kecerdasan akal kanak-kanak. Khasiat pegaga yang dikenali ialah untuk merawat masalah tekanan darah rendah dan awet muda. Selain itu, ia juga dapat menjadi penawar alahan, merawat asthma dan sesak nafas, anti kanser, penawar batu karang, kencing berdarah, ulser dan merawat cirit birit.

Petai dan Jering

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Petai dan jering boleh dikategorikan sebagai makanan yang berbau namun khasiat yang terkandung di dalamnya sangat mengagumkan. Menurut kajian saintifik, petai dan jering mengandungi protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain dan mempunyai karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai dan jering juga dikatakan baik untuk sistem penghadaman, merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan membantu mencuci buah pinggang.

Kangkung

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Kangkung adalah ulaman yang tumbuh meliar di kawsan yang lembap dan terkenal menyembuhkan penyakit buasir, mengubati penyakit susah tidur malam serta membantu merawat migrain. Dari segi kecantikan pula, kangkung dapat melebatkan rambut anda.

Peria

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Peria merupakan ulam yang banyak diujikaji oleh dunia perubatan moden. Rasa pahit Peria Katak disebabkan oleh kandungan kuinin yang tinggi. Menurut kajian perubatan Barat, peria dapat meningkatkan sel imun dalam tubuh serta mengurangkan paras gula bagi pesakit kencing manis.

Ulam Raja

5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita

Ulam yang menjadi favourite kak Nac sejak kecil lagi. Ia digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Bahkan, ulam raja empunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi. Ternyata ulam raja sesuai untuk awet muda.

Untuk info lanjut mengenai foundation merawat NAC Cosmetics yang menggunakan ekstrak-ekstrak semulajadi, sila klik di sini.

Share artikel ini kepada kawan dan keluarga anda blog mengenai 5 jenis ulam untuk rahsia awet muda dan kekal jelita.

Continue Reading