3 rahsia kecantikan dari Priyanka Chopra

Anda mesti tertanya-tanya apa rahsia kecantikan Priyanka Chopra yang pernah memenangi Miss World pada tahun 2000. Apa rahsia yang diamalkannya untuk kekal jelita?

Priyanka Chopra bukan nama yang asing lagi dalan industri filem Bollywood. Beliau pernah memenangi Miss World pada tahun 2000, yang menjadikan titik tolak kepada kerjaya beliau sebagai pelakon. Mesti anda masih ingat lagi penampilan beliau dalam Mujhse Shaadi Karogi? Tengok 3 rahsia kecantikan dari Priyanka Chopra

Baru-baru ini dalam majalah Vogue, Priyanka sempat berkongsi rutin kecantikan beliau yang telah diwarisi dari ibunya dan diajar dari turun-menurun dalam masyarakat India. Rutin ini hanya menggunakan bahan yang mudah diperolehi  dan anda juga boleh melakukannya sendiri. Dengan memilih hanya bahan natural, lihat 3 rahsia kecantikan dari Priyanka Chopra.

  1. Skrub bibir dengan garam laut – Campurkan beberapa sudu teh garam laut, beberapa titis glycerin dan air ekstrak bunga mawar. Kacau sehingga sebati kemudian skrub pada bibir anda selama beberapa minit. Bibir akan menjadi lembut dan kemerahan, untuk mencerahkan bibir, boleh titiskan sedikit air lemon.
  2. Skrub badan – Campurkan 1 mangkuk tepung kacang dhal/ gandum, jus lemon, yogurt asli dan sedikit susu. Kemudian tambahkan sedikit serbuk kayu cengkih dan kunyit. Sapukan pada seluruh badan, biarkan sehingga kering dan  gosok permukaan kulit dan cuci sehingga bersih. Bagi kulit berminyak, gantikan dengan susu atau yogurt rendah lemak. Kulit anda akan lebih berseri dan cerah.
  3. Rawatan kulit kepala – Anda ada masalah kelemumur atau kulit kepala kering? Campurkan yogurt penuh lemak, satu sudu teh madu dan satu biji telur. Letak pada rambut dan kulit kepala selama 30 minit dan basuh dengan air suam atau syampu bayi.

Boleh tengok video kecantikan dari Priyanka Chopra..

Untuk info lebih lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang merawat kulit menggunakan bahan natural, boleh klik disini.

Sila share artikel blog 3 rahsia kecantikan dari Priyanka Chopra kepada kawan-kawan atau keluarga anda 🙂

Continue Reading

4 cara mencerahkan kulit dengan cepat dan selamat

Anda ingin tahu cara-cara mencerahkan kulit dengan cepat dan selamat? Penting untuk tahu bahawa kulit menjadi gelap kerana terhasilnya pigmen akibat dari sinar UV yang berterusan.

Ada 4 cara mencerahkan kulit dengan cepat dan selamat. Bila pigmen kulit semakin banyak, kulit akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Cuba ikut tips dibawah :

  1. Pakai sunblock setiap hari – Cari sunblock sekurang-kurangnya mempunyai spf 30 untuk melindungi kulit sehingga 97 peratus Sinar UV berbahaya. Penting untuk lindungi sebelum ianya menjadi lebih teruk!
  2. Amalkan makan tomato atau mask tomato di wajah – Tomato mempunyai bahan natural yang boleh mencerahkan kulit secara semulajadi.
  3. Rendam muka dengan air beras – Produk pemutih dipasaran kebanyakannya menggunakan beras sebagai bahan utama untuk memutihkan kulit. Produk yang terdapat di pasaran sangat mahal, baiknya anda hanya melakukan sendiri di rumah. Air yang anda guna untuk cuci beras, simpan dan rendam muka selama 15 minit. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
  4. Makan Vitamin C – Vitamin C sememangnya banyak kebaikan untuk tubuh badan, bahkan Vitamin C boleh bantu kulit wajah menghasilkan kolagen yang membantu memulihkan kulit. Vitamin C terdapat dalam lemon, orange, strawberi dan banyak lagi.

Nak cerahkan kulit tak semestinya menggunakan produk yang berbahaya dan boleh merosakkan buah pinggang. Bahan natural dalam pemakanan kita seharian pun sudah cukup untuk membantu mencerahkan kulit wajah dengan cepat dan selamat.

Untuk info lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang merawat, melindungi kulit dari matahari dan juga mempunyai Vitamin C sebagai bahan utama, boleh klik link disini.

Sila share blog artikel 4 cara mencerahkan kulit dengan cepat dan selamat kepada kawan-kawan atau keluarga anda 🙂

Continue Reading

Teknik makeup mudah dan hanya 5 minit untuk bersiap

Anda baru nak belajar makeup? Nak bersolek ni tak ambil masa yang lama pun, 10 minit sahaja dah cukup tau. Ada teknik makeup mudah dan hanya 5 minit untuk bersiap.

Kak Nac bagi step yang sangat ringkas dan mudah nak ikut. Awal-awal memang susah untuk belajar makeup, tapi percayalah, practise makes perfect. Lama-lama akan jadi mudah dan anda sendiri boleh siap dengan cepat. Boleh tengok video ni untuk teknik makeup mudah dan hanya 5 minit untuk bersiap.

Makeup akan membantu memberi keyakinan diri. Cuba tengok sekeliling kita, selalunya perempuan yang usaha untuk makeup dan memilih gaya yang sesuai ni selalunya kelihatan menawan. Kak Nac percaya anda semua pun boleh juga.

Untuk info lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics merawat yang kak Nac pakai di video, boleh klik disini.

Sila share blog Teknik makeup mudah dan hanya 5 minit untuk bersiap kepada kawan-kawan atau keluarga anda 🙂

Continue Reading

4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari

Anda ada masalah jeragat dan ingin tahu 4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari?

Jeragat ni terhasil dari pigmentasi apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang sangat lama. Jeragat selalunya dikawasan pipi dan juga boleh terjadi di bibir. Penting untuk sentiasa memakai pelindung matahari tak kira cuaca redup atau panas! Pakai 20 minit sebelum keluar rumah. Ada 4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari.

Bagi org yg kulit berjeragat, anda harus buat mask 2 kali seminggu untuk pudarkan jeragat. Penting untuk cerahkan kembali kawasan berjeragat supaya kulit tidak kusam dan jeragat tidak melarat.  Mask boleh buat sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Sangat mudah.



Ada empat jenis mask:
1️. Apple cider vinegar – Campur satu sudu apple cider vinegar bersama air. Rendam cotton ball dan sapu dibahagian jeragat. Biar selama 10 minit dan bilas.
2️. Aloevera – Letak aloevera gel di bahagian jeragat sebelum tidur.
3️. Ubi kentang – Potong nipis dan sapu di bahagian jeragat selama 10 minit. Bilas dengan air.
4. Lemon – Perah jus dan rendam cotton ball. Sapu dibahagian jeragat. Biar selama 10 minit dan bilas.
Boleh buat salah satu di atas. Letakkan dimuka selama 15 minit. Boleh buat sebelum mandi.

Nak cantik kena rajin dan disiplin, barulah jeragat di muka akan berkurangan. Penting untuk tahu bahawa walaupun jeragat telah pudar, tetapi hanya dengan sedikit pendedahan kepada matahari tanpa pakai sunblock, jeragat akan kembali. 

Untuk info lebih lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang menggunakan bahan natural dan premium dari Korea, Klik link disini.

Jika anda rasa blog artikel “4 jenis mask di rumah untuk hilangkan jeragat seawal 3 hari”, sila share dengan kawan atau keluarga yang tersayang.

Continue Reading

5 jenis foundation brush yang sesuai untuk hasil yang flawless dan menawan.

Banyak brush yang dijual di pasaran, tetapi anda tak tahu mana satu foundation brush yang sesuai untuk hasil yang flawless dan menawan? Ada 5 jenis brush yang anda boleh pilih dan beli mengikut keselesaaan anda.

Jika anda pernah tertanya-tanya sama ada penting atau tidak untuk mencari makeup brush yang berkualiti. Jawapannya, YA! Menggunakan brush untuk pemakaian foundation boleh memberi perbezaan. Menggunakan alat-alat berkualiti tinggi untuk applikasi make-up adalah penting untuk memberikan hasil yang sempurna. Ramai yang membelanjakan wang mereka pada foundation yang mahal, tetapi lupa untuk mengambil masa untuk mencari foundation brush yang betul. Dengan foundation brush yang betul, ia boleh memberi perbezaan hasil yang “sempurna” atau “tidak kemas.” Lihat gambar di bawah untuk 5 jenis foundation brush yang sesuai untuk hasil yang flawless dan menawan.

Kalau anda perasan, foundation brushes kebanyakannya jenis yang bermata bulat. Ini untuk memudahkan anda meratakan foundation dengan cara pusingan atau dab dab sahaja.

Jenis- jenis brush dari kiri:

  • Flat/paddle brush akan menghasilkan impak foundation yang tebal dan full coverage. Boleh menyebabkan ia kelihatan seperti bercapuk dan tidak rata.
  • Stippling brush boleh hasilkan kesan seperti airbrush tetapi  aplikasi mengambil masa yang lama.
  • Buffing brush(tengah) dan kabuki brush(paling kanan) sangat bagus untuk meratakan foundation. Teknik yang betul adalah sapuan secara pusingan.
  • Sponge akan hasilkan natural finish look dan sapuan yang sangat rata.

Jadi, anda sudah kenalpasti foundation brush yang sesuai untuk anda?

Untuk info lebih lanjut mengenai foundation NAC Cosmetics yang menggunakan bahan natural dan premium dari Korea, Klik link disini.

Jika anda rasa blog artikel 5 jenis foundation brush yang sesuai untuk hasil yang flawless dan menawan bermanfaat, boleh share kepada kawan-kawan atau keluarga. Sharing is caring!

Continue Reading

4 teknik memilih warna foundation yang sesuai yang anda tak tahu!

Anda selalu keliru nak cari warna foundation yang sesuai? Ada 4 teknik memilih warna foundation yang sesuai yang anda tak tahu!

Foundation adalah asas kepada makeup yang sempurna. Dengan memakai foundation, ia membantu menutup cela di wajah dan menghasilkan kulit wajah yang lebih flawless dan sekata. Pemilihan warna yang tepat penting dalam pemilihan foundation yang sesuai dengan anda. Selalunya, bila beli foundation di kedai, nampak sesuai dengan kulit, bila balik rumah, nak pakai besok tu dah nampak gelap atau cerah sangat. Ada  teknik yang betul untuk cari warna foundation yang sesuai:

  1. Ambil 3 shades yang hampir sama dengan colour kulit anda.
  2. Calitkan sedikit foundation di area jawline, berdekatan dengan telinga.
  3. Ratakan dan tengok kalau colour itu nampak serata dengan kulit anda.
  4. Colour yang paling serata, itu colour yang paling sesuai dengan anda.

Tips : Pilih warna yang sedikit cerah dari kulit anda kerana  selepas 20 atau 30 minit, foundation akan melalui proses oksida, di mana warna foundation akan pudar dan set ke kulit.

JANGAN try di belakang tangan atau di mana-mana bahagian tangan. Muka dan tangan lazimnya mempunyai colour yang berbeza!

Selalunya kulit orang Malaysia tak lari dari code Natural sebab pigmen yang tinggi disebabkan cahaya matahari yang terik. Kulit kita mudah terbakar. OUCH! Tapi jangan risau, jangan nak pindah negara pula bila macam ni, motif utama pakai foundation adalah untuk seratakan kulit, kemudian kita kena lihat fungsi utama foundation yang boleh melindungi kulit dari cahaya matahari.

Untuk info lebih lanjut mengenai foundation dari NAC Cosmetics yang menggunakan bahan natural dan premium dari Korea, Klik link disini.

Jika anda rasa blog artikel 4 teknik memilih warna foundation yang sesuai yang anda tak tahu! bermanfaat, boleh share kepada kawan-kawan atau keluarga. Sharing is caring!

Continue Reading